SERBU….Kotak rokok pelbagai jenis disyaki tidak dibayar cukai ditemui di ruang tamu sebuah rumah.

KOTA SAMARAHAN: Polis merampas rokok pelbagai jenis yang disyaki tidak dibayar cukai dianggarkan bernilai RM826,476 dalam serbuan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Midway Cresent oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, tiga lelaki warga tempatan turut ditahan dalam serbuan itu untuk membantu siasatan.

“Pemeriksaan di kawasan ruang tamu rumah dan di dalam sebuah kereta telah menjumpai sejumlah rokok pelbagai jenis yang disyaki tidak di bayar cukai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk tindakan lanjut.

Sementara beliau berkata, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

“Satu kertas siasatan telah di buka di Bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967z

“Jika sabit kesalahan boleh di hukum dengan denda tidak melebihi dua kali ganda nilai barang- barang rampasan atau sepuluh ribu ringgit, amaun mana yang lebih besar,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak