SELAMAT….Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu, ditemui selamat.

TATAU: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu ditemui selamat.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Tatau Deputi Superintendan Jame Reis berkata, pelajar tingkatan empat SMK Bintulu itu telah datang sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau semalam, bagi melaporkan keadaan dirinya selamat.

Menurutnya, remaja terbabit dalam laporannya memberitahu dia keluar dari kediamannya dengan kerelaan sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Difahamkan kali terakhir ibu remaja perempuan terbabit menghubunginya pada 8 Julai lalu, kira-kira jam 5 petang, namun tidak berjawab.

Dalam pada itu, Jame menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada orang awam yang turut serta dalam usaha pencarian remaja itu, terutama melalui perkongsian di media sosial.

Pada 8 Julai lalu, IPD Tatau menerima laporan berhubung kehilangan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Roselina Hwong Chai Ming sejak 1 Julai lepas di Rumah Bunsu, Sungai Entajom, di sini.

Laporan mengenai kehilangannya diterim pada 8 Julai lalu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak