SARIKEI: Hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 menanti pemenang Kejohanan Futsal Gabungan Parti Sarawak (GPS) -Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wilayah Tengah.

Jurucakap Pusat Khidmat Kuala Rajang dalam kenyataan berkata, kejohanan yang julung kali diadakan itu melibatkan kerjasama pihaknya, PBB Tanjong Manis, PBB Kuala Rajang, PBB Semop dan Saberkas.

“Kejohanan yang bermula 12 hingga 14 Ogos depan itu bakal diadakan di Sarikei dan Bintangor serta terbahagi kepada kategori lelaki dan wanita.

“Kita juga mempelawa semua Adun dalam parti komponen GPS Wilayah Tengah dari Kalaka hingga ke Murum untuk menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan bagi setiap kategori.

“Yuran penyertaan adalah RM50 untuk setiap pasukan,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Menurutnya, johan bagi setiap kategori bakal membawa pulang RM5,000, naib juara (RM3,000), tempat ketiga bersama (RM1,500) dan RM750 untuk empat pasukan yang memenangi saguhati.

Sementaa johan bagi kategori wanita bakal membawa pulang RM4,000, naib juara (RM2,000), ketiga bersama (RM1,000) dan empat saguhati (RM700).

Pasukan yang berminat boleh Hafizd Mohd Rosley (010-2317876) atau Rohana Kiprawi (017-2707510) untuk keterangan lanjut.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak