RANAP… Rumah yang didiami 10 ahli keluarga di Kampung Padang Kelulit, Bekenu Sibuti musnah dalam kebakaran, malam tadi.

MIRI :Sebuah keluarga termasuk seorang bayi hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Padang Kelulit, Bekenu Sibuti pada jam 11.42 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie berkata, pasukannya bergegas ke lokasi yang sejauh 25 kilometer dari balai.

“Setibanya pasukan operasi dilokasi mendapati berlakunya kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dan telah terbakar anggaran 70 peratus,” katanya ketika dihubung, hari ini.

Rary berkata, kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 1.30 pagi, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Menurutnya, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran tersebut.

Sementara itu, rumah berkenaan didiami 10ahli keluarga iaitu tiga lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi.’


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak