BINTULU : Sebuah kereta jenis Proton Saga terbakar di Sungai Selat, Jalan Tatau-Bintulu, petang Jumaat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata bilik kawalan Bintulu menerima panggilan kecemasan pada jam 5.22 petang.

Menurutnya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

“Anggota bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera bagi memadamkan kebakaran tersebut.

“Api berjaya dipadam sepenuhnya dalam masa 15 minit,” katanya.

Pemandu seorang lelaki, berumur 46 tahun terselamat tanpa mengalami kecederaan.

 


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak