SOKONG…Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Mohd Zaki Hassan (tiga dari kanan) hadir bagi merasmikan kempen ‘Kamek Sik Maok Rasuah 2.0’

KUCHING: Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Sarawak menyasarkan sebanyak 10,000 tandatangan tolak rasuah sebagai tanda sokongan rakyat terhadap kempen ‘Kamek Sik Maok Rasuah 2.0’ yang bermula 9 Julai sehingga 9 Disember 2022.

YARM Sarawak memberitahu, kempen terbabit diadakan bersempena Hari Anti Rasuah Malaysia (HARA) yang disambut pada 9 Disember setiap tahun.

“Kempen ini merupakan kesinambungannya terdahulu untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai jenayah rasuah dan bersatu menentangnya.

“Orang ramai terdiri daripada organisasi awam, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), Institusi pendidikan serta individu sangat dialu-alukan untuk sama-sama menyokong kempen ini,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Kempen telah dilancarkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Mohd Zaki Hassan, sambil disaksikan oleh Timbalan Presiden YARM Malaysia merangkap Pengerusi YARM Sarawak, Awang Mohammad Putra.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak