KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) gagal dalam usaha membawa pulang sebarang mata apabila tewas dengan jaringan (3-1) menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman malam tadi.

Ia meskipun berjaya mengikat kedudukan (1-1) menerusi jaringan penyamaan dilakukan Uche Agba minit ke-54 selepas jaringan awal dilakukan Mahmoud Nayef Ahmad Almardi untuk meletakkan Sang Kenari di depan pada minit ke-9.

Langkah anak-anak buah S.Balachandran terus longlai apabila tuan rumah berjaya menambah dua lagi gol menerusi Wanja Ronald Ngah minit ke-75 dan sekali lagi menerusi Mahmoud Nayef Ahmad Almardi minit ke-80.

Ia kekalahan kelapan buat SU FC selepas mengharungi 12 perlawanan dan masih lagi kekal ditangga ke-10 dengan menggumpul 10 mata.

Aksi seimbang diperaga pemain kedua-dua pasukan sepanjang saingan.

Malah, SU FC juga berpeluang untuk melepasi difisit gol sedia ada andai kata beberapa percubaan dilakukan barisan jentera serangan berupaya menembusi gawang tuan rumah.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak