KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok dua teratas Liga Premier 2022 selepas tewas tipis (1-0) ditangan Terengganu FC 2.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi itu menyaksikan anak-anak buah Irfan Bakti terpaksa menggigit jari selepas gol jaringan sendiri pemain pertahanan, Aylton Ferreira Ananias pada minit ke-79.

Dalam keadaan peluang begitu banyak yang dimiliki namun gagal diterjemah kepada jaringan.

Malang berganda buat The City Boys malam tadi yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Che Arif Che Kamaruddin dilayangkan kad merah pada minit ke-83 selepas mengasari pemain tuan rumah.

Kekalahan itu menyaksikan KC FC turun ke tangga keempat, kekal dengan 20 mata selepas mengharungi 11 perlawanan setakat ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak