SIBU: Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Tanjung Manis dekat sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis menerima laporan kejadian pada jam 8.40 pagi.

“Kemalangan melibatkan dua buah pacuan empat roda dengan sebuah lori sawit.

“Salah seorang pemandu pacuan empat roda tersepit di bahagian pemandu, namun telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Mangsa yang cedera itu telah diserahkan kepada pihak paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pemandu terbabit cedera di bahagian dada dan tangan kanan.

“Sementara pemandu dan penumpang sebuah lagi pacuan empat roda serta pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Pihak bomba cuma membuat pemantauan dan setelah keadaan terkawal, operasi ditamatkan pada jam 9.30 pagi,” tambahnya.

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tanjung Manis, hari ini


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak