BERSEDIA… Persiapan terakhir Sambutan Hari Sarawak malam ini berjalan lancar. – Photo Mohd Alif

SIBU: Stadium Tertutup Sibu, lokasi sambutan Hari Sarawak 2022 sudah bersedia untuk meraikan acara penuh bersejarah malam ini.

Bakal disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, sambutan di stadium yang akan memuatkan 1,200 orang itu akan bermula pada jam 8 malam ini.

Antara tetamu kenamaan yang akan hadir ialah isteri Tun Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib; Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Sri Fatimah Abdullah dan tetamu kehormat yang lain.

Sambutan itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TVS di Astro 122 dan MyTV serta di laman Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan saluran YouTube.

Penonton bakal disajikan dengan pelbagai acara seperti persembahan teater muzikal Rosli Dhobi serta lagu khas Hari Sarawak 2022.

Acara seterusnya adalah tayangan video khas berjudul ‘The Lost Kingdom of Sarawak’; persembahan tarian ‘Thousand Hand, Thousand Hope’ serta persembahan artis tempatan dan artis terkenal tanah air.

Kesemua acara tersebut disusun atur oleh Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) selaku penganjur utama.

 


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak