KANOWIT: Seorang warga emas berusia 72 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing di Sungai Ranan Selasa lalu, ditemui selamat hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, mangsa, Lai Juing dari Rumah Panjang Adrian, Sungai Ranan ditemui oleh orang awam.

“Pasukan polis dan bomba bersama-sama penduduk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua bermula 9 pagi dengan fokus 300 meter radius di sekitar anak Sungai Ranan dan kebun beliau.

“Namun, kira-kira 9.45 pagi, Lai dijumpai orang awam di KM-8 Jalan Kanowit-Durin dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, warga emas itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi SAR ditamatkan pada 10.20 pagi.

Terdahulu pada Selasa, Lai dipercayai hilang selepas tidak balik ke rumah selepas pergi kebun.

Menantunya, Patrick Ben menyatakan beliau keluar memancing di Sungai Ranan.

SELAMAT… Warga emas yang dikatakan hilang Selasa lalu ketika ditemui di KM-8 Jalan Kanowit-Durin, hari ini.

 


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak