BERUCAP… Abang Johari berucap sempena majlis penutupan Pesta Kebudayaan Borneo 2022 di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, dekat sini, malam tadi. (F: UKAS)

SIBU: Jejak Warisan Sibu dijangka akan diwujudkan sebagai usaha Kerajaan Sarawak untuk merancakkan lagi industri pelancongan di bandar ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sibu mempunyai warisan dan latar belakang tersendiri yang perlu dipertahankan.

“Saya percaya Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan (MTCP) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan rakan-rakannya dalam kementerian akan mewujudkan satu jejak warisan untuk bandar Sibu.

“Yang mana tempat-tempat bersejarah akan dilihat dan dihubungkan dengan hab-hab yang lain, dari sudut itu Sibu mempunyai beberapa tempat yang besejarah.

“Antaranya adalah Dataran Sibu, kawasannya berdekatan dengan Muzium Memorial Hospital Lau King Howe serta tempat riadah seperti Bukit Lima yang akan menjadi salah satu daripada jejak warisan sekali gus boleh menarik pelancong untuk datang ke Sibu,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam ucapan sempena majlis penutupan Pesta Kebudayaan Borneo 2022 di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, dekat sini, malam tadi.

Dalam hal berkaitan, beliau memaklumkan bahawa industri pelancongan di Sarawak memerlukan satu pendekatan infrastruktur yang lebih mesra untuk tarikan pelancong melawat pelbagai destinasi di negeri ini termasuk Sibu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak