SELAMAT…Sebahagian Jemaah Haji KT32Q yang telah tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

KUCHING: Seramai 141 orang jemaah haji Sarawak selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sekitar jam 5.25 petang semalam.

Ketibaan jemaah haji kumpulan pertama menerusi penerbangan MH8588 itu disambut oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Abdul Rahman Junaidi serta tetamu kehormat yang lain.

Dalam ucapannya, Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada pihak Tabung Haji yang berjaya menguruskan sepenuhnya urusan berkaitan ibadah haji kesemua jemaah dari Sarawak pada tahun ini.

“Pada tahun ini, seramai 397 orang jemaah haji dari Sarawak telah ke tanah suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima.

“141 telah selamat tiba semalam, selebihnya akan tiba di Kuching pada petang nanti Jumaat,” ujarnya.

Terdahulu, ketibaan para jemaah disusuli dengan bacaan doa selamat oleh Imam Besar Negeri Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

HADIR….Tetamu kehormat serta jemaah haji sejurus ketibaan para jemaah.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak