SEDIA… Barisan wakil UiTM Sarawak ke Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) 2022

KOTA SAMARAHAN: Seramai 70 kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak membawa cabaran pada Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) 2022.

Kontinjen tersebut menyertai tujuh acara sukan pada karnival yang berlangsung di Kampus Dungun, UiTM Cawangan Terengganu bermula 24 hingga 30 Ogos ini.

Ia termasuk sukan golf, tenis sepak takraw (veteran) bola sepak (senior) bola sepak (veteran), dart dan bola tampar wanita.

Bagi menyemarakkan lagi semangat peserta yang mengambil bahagian pada karnival berkenaan, Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali berkenan menyerahkan bendera KARiSTA 2022 kepada Timbalan Pendaftar Kanan, Umaira Othman Koya, selaku ketua kontijen ahli Kelab Kakitangan (KEKiTA) melalui Biro Sukan dan Rekreasi.

Majlis penyerahan bendera itu berlangsung di Dewan Jubli, Kampus Samarahan.

Suara Sarawak