Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili (kiri) bersama anggota JPJ memeriksa motosikal pada Op Lejang di Jalan Asajaya, semalam.

ASAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan saman terhadap 90 kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang penguatkuasaan Op Lejang, di Jalan Asajaya, di sini semalam.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, operasi melibatkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Alam Sekitar dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, sebanyak 694 kenderaan telah diperiksa dalam operasi yang bermula sekitar jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.

“Operasi tersebut memberi tumpuan kepada pemeriksaan motosikal yang  ubahsuai tanpa kebenaran.

Op Lejang bermula jam 8 malam hingga jam 12 tengah malam turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Alam Sekitar dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

“Di samping, memastikan golongan muda terutamanya  memiliki lesen yang sah serta dilindungi insuran semasa di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi turut dihadiri Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili serta Ketua Bahagian Penguatkuasa Negeri Maya Morshidi.

Dalam pada itu, katanya, JPJ akan meneruskan operasi ini bagi memastikan para pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta tidak mengubahsuai kenderaan mereka sesuka hati bagi keselamatan semua pihak.

“Operasi harian serta pemantauan juga akan terus dipertingkatkan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan,” jelasnya.

Suara Sarawak