Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menolak hasrat semua pihak untuk mengiklankan ucapan tahniah sempena hari lahirnya, 4 Ogos ini di akhbar.

Menurut Pejabat Premier Sarawak, Abang Johari tidak mahu pengiklanan tersebut dilakukan memandangkan keadaan ekonomi sekarang yang sukar.

“Difahamkan bahawa rakan-rakan dan mereka yang berkenaan menyatakan hasrat untuk meletakkan iklan di akhbar untuk mengucapkan tahniah kepada beliau sempena hari lahirnya pada 4 Ogos.

“Walaupun menghargai niat baik tersebut, beliau tidak mahu mereka membuat perbelanjaan untuk iklan sedemikian memandangkan keadaan ekonomi sekarang dan keperluan untuk membendung tekanan inflasi,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas perhatian mereka terhadapnya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-72.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak