KOTA SAMARAHAN: Seramai 41 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Samarahan dan sembilan anggota Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Unimas terlibat dalam sesi latihan fizikal pada 27 dan 28 Ogos lalu.

Latihan Medan Gabungan APM Samarahan dan Kor Sispa Unimas itu turut disertai oleh tiga pegawai APM.

Objektif program tersebut adalah untuk menguji tahap ketahanan stamina anggota sukarela dalam menjalankan tugas–tugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta meningkatkan kemahiran menyelamat di tempat tinggi.

Untuk rekod, pada 27 Ogos latihan
“ascending & decending” serta mencari dan menyelamat telah dijalankan.

Manakala, 28 Ogos, mereka menjalani latihan jalan lasak bermula dari tapak perkhemahan di UiTM Samarahan ke Tapak Pameran APM Samarahan dan berakhir di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Samarahan.

Rakaman ketika Latihan Medan Gabungan APM Samarahan dan Kor Sispa Unimas pada 27 dan 28 Ogos lalu.
Rakaman ketika Latihan Medan Gabungan APM Samarahan dan Kor Sispa Unimas pada 27 dan 28 Ogos lalu.

Suara Sarawak