DALAM KENANGAN….Allahyarham Mahadi Razak.

 

KUCHING: Dunia sukan bola sepak Sarawak kehilangan permata dengan pemergian penyerang lincah, Mahadi Razak, 31.

Difahamkan, bintang kelahiran Kampung Belawai, Sarikei itu tiba-tiba pengsan dalam bilik persalinan sebaik selesai menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan (Yayasan Sarawak) pada petang semalam.

Dia kemudian terus dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 8:35 malam tadi.

Allahyarham pernah menyarung jersi skuad Piala Presiden dari tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011.

Selain itu pernah beraksi bersama skuad senior (Sarawak) pada tahun 2009.

Suara Sarawak