BERUCAP…Riot berucap pada Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Bahagian Serian di Dataran Lepapa, di sini, hari ini.

SERIAN: Orang ramai harus membuang sikap takut dalam mengambil tahu taraf kesihatan diri, sebaliknya tampil melakukan saringan kesihatan.

Duta Khas Jepun, Republik Korea dan Taiwan Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, sikap sedemikian membuatkan ramai enggan menjalani ujian saringan kesihatan.

Katanya, dari 1,225 orang disasarkan untuk saringan kesihatan Peka B40 di Bahagian Serian, hanya 524 orang yang tampil.

“Daripada angka yang diberikan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Serian, sambutan dari masyarakat kurang memuaskan.

“Ini menunjukkan hanya 42.7 peratus dari sasaran yang datang untuk saringan kesihatan. Bagi saya ini tidak baik.

“Maka dengan program yang dilancarkan hari ini, saya harap lebih ramai tampil untuk dapatkan saringan. Ini adalah untuk kebaikkan kita sendiri,” katanya.

BERUCAP…Riot berucap pada Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Bahagian Serian di Dataran Lepapa, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Serian berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Bahagian Serian di Dataran Lepapa, di sini, hari ini.

Majlis pelancaran turut dihadiri, Residen Serian Selamat Jati Yanjah, Pegawai Daerah Serian Lim Hock Meng dan Pengurus Pasar Raya Lepapa Serian Jolando Francis Ulu.

 

Suara Sarawak