BINTULU : Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bintulu menangkap seekor buaya dengan ukuran panjang 1.5 meter yang berada di kawasan parkir kenderaan awam di Pusat Komersial ParkCity, petang tadi.

Ketua JPBM Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.09 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya anggota bomba di tempat kejadian didapati benar terdapat seekor buaya berukuran panjang 1.5m di kawasan parkir kenderaan awam di Pusat Komersial ParkCity,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, buaya itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Perbadanan Hutan Sarawak(SFC) untuk tindakan lanjut.

Anggota bomba menangkap buaya  yang ditemui berkeliaran di kawasan parkir kenderaan awam di Pusat Komersial ParkCity.

Suara Sarawak