1. SEDIA…Adun Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot dan Adun Bukit Semuja, John Ilus selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Serian di Pejabat Residen Serian, hari ini. 

SERIAN: Empat lagi program mega bakal dianjurkan bermula bulan ini sehingga penghujung tahun 2022 bagi merancakkan aktiviti ekopelancongan di Daerah Serian.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, pelaksanaan aktiviti-aktiviti itu merupakan permulaan program besar khususnya yang tertangguh akibat Covid-19.

Dedahnya, empat program tersebut merangkumi Jelajah Warisan pada 26 hingga 27 Ogos ini, diikuti Cabaran mendaki Bung Sedung pada 28 Ogos.

“Manakala dua lagi program katanya, Pesta Danu bermula 30 September hingga 9 Oktober diikuti Bot Kawalan Jauh Antarabangsa Serian dijadual berlangsung 2 hingga 4 Disember,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Serian di Pejabat Residen Serian, hari ini.

“Terdapat enam acara sudah dianjurkan tahun ini iaitu Larian Eco Serian dan Cabaran Berakit Serian masing-masing sudah diadakan pada 5 Jun dan 23 Julai yang lalu.

“Respon yang kita terima cukup baik dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” tambahnya.

Suara Sarawak