BERCAKAP… Fadillah bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Reruai Pameran Jelajah Keluarga Malaysia di Dataran Pameran Petra Jaya, dekat sini, hari ini.

KUCHING: Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Sarawak menyaksikan sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran melebihi 19,000 pengunjung setakat dua hari program itu berlangsung.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sambutan yang menggalakkan itu susulan penganjuran yang diadakan pada hujung minggu sekali gus memudahkan orang ramai untuk datang ke JAKM.

“Saya amat berterima kasih kepada masyarakat kerana mereka memberikan sambutan yang amat baik sekali dan saya dimaklumkan bahawa lebih daripada 19,000 pengunjung datang ke program ini (JAKM) setakat ini.

“Justeru kita mengharapkan lebih ramai masyarakat yang datang khususnya mereka yang tinggal di sekitar Kuching kerana terdapat banyak informasi di sini termasuk bantuan kerajaan, perniagaan dan banyak lagi,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Reruai Pameran Jelajah Keluarga Malaysia di Dataran Pameran Petra Jaya, dekat sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menambah program jualan murah barangan keperluan asas juga menerima respon yang baik dalam kalangan masyarakat.

RAKAMAN KENANGAN… sekitar rakaman kenangan ketika Fadillah mengadakan lawatan ke Reruai Pameran Jelajah Keluarga Malaysia di Dataran Pameran Petra Jaya, dekat sini, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak