MIRI: Kegiatan seorang lelaki dan wanita disyaki mencuri tayar serta rim kenderaan di sekitar bandar raya ini tumpas apabila ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima tiga laporan polis pada semalam berhubung kecurian itu.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah melancarkan OP Lejang bagi mengesan dan menangkap suspek yang terlibat.

“Hasil daripada maklumat yang disalurkan oleh orang awam, pihak polis telah berjaya mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dalam kes kecurian tersebut.

“Semasa tangkapan dilakukan, suspek telah bertindak agresif dan melanggar beberapa kenderaan orang awam dan kenderaan polis dalam cubaan untuk melarikan diri,” katanya dalam satu kenyatan, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan tangkapan ini adalah atas kerjasama orang awam yang sentiasa prihatin ke atas kejadian jenayah semasa.

Suara Sarawak