PILIHAN JUARA…SJN Akademi.

KUCHING: Enam pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak S.A.S 2022, Tunas Bawah 8, 10 dan 12 Tahun yang akan berlangsung di Padang Sumber Alam Sanctuary, Petra Jaya pada Sabtu dan Ahad ini.

Himpunan pasukan terbabit ialah SJN Akademi selaku tuan rumah.

Selain itu pasukan Axis Akademi, Basic Soccer Akademi, SAMANAC, PFA Odin FC dan HQ All Ways FC.

Timbalan Pengerusi Penganjur, Azaree Mohamed berkata, kejohanan terbabit dianjur oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sumber Alam Sanctuary, Petra Jaya.

“Kejohanan dua hari itu dikelola oleh S.A.S FC dengan kerjasama SJN Akademi dan ditaja oleh Hafizul.Hakim, MOM Laksa dan Green Leave.

“Kita menjangkakan saingan sengit berlaku kerana pasukan terlibat dikendali oleh jurulatih berpengalaman luas,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, format kejohanan secara liga kumpulan satu pusingan membabitkan kesemua tiga kategori yang dipertandingkan itu.

Suara Sarawak