ASAK…Penyerang The City Boys, Abu Kamara diasak oleh salah seorang pertahanan Kelantan FC

KUCHING: Kuching City FC (KC FC) gagal meneruskan rentak kemenangan selepas  tewas 2-0 ke atas Kelantan FC di Stadium dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Tuan rumah membuka jaringan pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi sepakan penalti yang disudahi oleh Nixon Guylherme.

Duka bertambah parah selepas penyerang utama KC FC, Abu Kamara diperintah untuk keluar padang selepas menerima kad kuning kedua akibat melakukan provokasi di bangku simpanan Kelantan FC.

Sekali gus menyebabkan pasukan The City Boys terpaksa bermain dengan jumlah 10 pemain pada masa kedua perlawanan.

Aksi kedua-dua pasukan tampak seimbang biarpun KC FC tampak perlu bekerja keras akibat kekurangan pemain di padang.

Kelantan FC bagaimanapun tidak melepaskan peluang untuk menambah jaringan menerusi rembatan lerek Ikhwan Yazek pada minit ke-73.

Penolong Jurulatih KC FC Sulaiman Hussin mengakui beberapa kesilapan kecil separuh masa pertama perlawanan jelas menghukum pasukan.

“Sedikit kelekaan pada masa pertama perlawanan yang mana jaringan pada minit akhir perlawanan.

“Sepatutnya kita perlu lebih teliti, berhati-hati, sehingga kita kena akure dengan keputusan pengadil perlawanan, sebaliknya juga yang berlaku ke atas penyerang kita, Abu Kamara yang dikenakan kad merah,” katanya.

Beliau bagaimanapun memuji para anak buahnya yang tetap mempamerkan aksi permainan baik biarpun bermain dalam keadaan 10 orang pada babak kedua perlawanan.

“Kelantan layak menang untuk perlawanan ini tapi dari segi permainan tiada yang istimewa,” katanya.

Tambahnya, cuaca panas bukan faktor utama pasukannya tewas kerana beliau tidak menganggap cuaca mampu memberi kesan kepada rentak permainan seorang pemain profesional.

Perlawanan berakhir  dengan keputusan (2-0) iaitu kemenangan berpihak kepada Kelantan FC sekali gus menyaksikan Kelantan FC masih di tangga teratas Liga Premier manakala KC FC pada tangga keempat liga.

Suara Sarawak