KUCHING: Sarawak mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 sepanjang minggu epid ke-34 dengan 760 kes berbanding 798 kes pada minggu ke-33.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan media hari ini memberitahu, pada minggu ke-34, sejumlah 18 kes dalam kategori tiga, empat dan lima manakala baki 742 kes dalam kategori satu, dua dan tiga.

“Kuching masih mencatatkan angka kes mingguan tertinggi pada minggu ke-34 dengan jumlah sebanyak 233 kes, diikuti Miri (118), Sibu (98), Bintulu (84), Mukah (27), Sarikei (24), Sri Aman (17), Serian (14), Betong (11), Telang Usan (10), Limbang (8), Dalat (7), Lundu (6) manakala Matu (5).

“Selain itu, Pakan, Julau, Meradong, Lubok Antu dan Lawas (4), Tatau, Simunjan, Beluru, Pusa, Marudi, dan Kapit (3), Kanowit dan Sebauh (2), manakala Kabong, Selangau, Daro, Saratok, Song, Tanjung Manis, Bukit Mabong dan Belaga (1),” katanya.

Dalam pada itu, JPBN mendedahkan terdapat dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada minggu ke-34 yang masing- masing satu kes di Sarikei dan Samarahan.

Suara Sarawak