KPD Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang

SARIKEI: Seorang pejalan kaki cedera parah manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar kenderaan jenis Toyota Epsum di Taman Susur Jambu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang mengesahkan pihaknya menerima laporan kes lebih kurang jam 9.45 malam.

“Kemalangan berlaku apabila pemandu bergerak dari arah simpang masuk Taman Susur Jambu menuju ke rumahnya di Taman Susur Jambu.

“Apabila sampai di simpang tiga taman perumahan,  pemandu tersebut telah melanggar lima orang pejalan kaki dari arah belakang yang berjalan kaki menuju ke rumah kawan untuk menghantar salah seorang dari mereka,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Tambahnya, kejadian menyebabkan seorang pejalan kaki cedera parah akibat masuk di bawah kereta selepas dilanggar dan tidak sedarkan diri, manakala empat rakan lain mengalami cedera ringan.

“Kesemua pejalan kaki di rawat di Hospital Sarikei manakala pemandu Toyota Epsum tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Suara Sarawak