REBUT….Antara sebahagian aksi perlawanan Hermanos dan Loy69 Mangut semalam. – FOTO GHAZALI BUJANG

BETONG: Skuad bukan pilihan, Hermanos kembali menemui rentak apabila berjaya memperoleh tiga mata berharga.

Ia hasil kemenangan selesa (3-1) dicatat ke atas Loy69 Mangut untuk aksi kedua Kumpulan B kempen Liga Betong 2022, semalam.

Dalam keadaan perlawanan yang menyaksikan babak kedua disambung semula pada sebelah petang, selepas saingan babak pertama hujung minggu lepas ditangguhkan akibat cuaca buruk dengan kedua-dua pasukan terikat jaringan (1-1) ketika itu.

Loy69 Mangut terdahulu berada di depan menerusi jaringan Amirul Suhaili. Manakala, gol Hermanos dijaringkan oleh Furgeson Sokolinkam pada minit ke-43.

Dua gol Hermanos semalam diperoleh masing-masing menerusi jaringan dilakukan Yohanis Daniel Kinda minit ke-74 dan Bansing Kiruh minit ke-89.

Suara Sarawak