CUBA RAMPAS…Pemain pertahanan KC FC, Mohammad Dzulazlan Ibrahim (kiri) merampas bola daripada pemain JDT II perlawanan malam tadi. – FOTO ALIF NONI

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) berjaya memperoleh satu mata berharga selepas terikat tanpa jaringan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Keputusan tersebut terus mengekalkan The City Boys di kedudukan keempat ketika ini.

Menggumpul 21 mata, mencatat enam kemenangan, tiga kali seri selepas mengharungi 13 perlawanan.

Anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim sebenarnya boleh meranapkan impian pasukan pelawat pada perlawanan yang disaksikan hampir 500 penonton itu.

Mengambil kira enam peluang terbaik dimiliki, masing-masing menerusi percubaan dilakukan Amir Amri Salleh, Mohammad Dzulazlan Ibrahim, Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman, Gabryel Monteiro De Andrade dan Joseph Kalang Tie yang gagal menembusi gawang pasukan JDT II.

Perlawanan setwrusnya selepas ini KC FC akan menentang skuad Projek FAM-MSN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 14 Ogos nanti.

Suara Sarawak