KUCHING: Enam perlawanan akan berlangsung esok, membabitkan tiga zon berasingan bagi kempen Liga Bola Sepak Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)/Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bawah 20 tahun.

Dua perlawanan untuk Zon Utara bakal menyaksikan Miri FA menentang Limbang FA di Stadium Miri.

Selain pertembungan antara Bintulu FA dan Mukah FA di Padang Sentetik BDA Bintulu.

Dalam pada itu, dua lagi perlawanan membabitkan Zon Tengah. Kapit FA akan menentang Sibu FA di Stadium Terbuka Kapit.

Manakala, Sarikei FA akan menentang Betong FA di Kompleks Sukan Integrasi Kampung Seberang, Sarikei.

Sementara itu, dua lagi perlawanan membabitkan Zon Selatan. Sri Aman FA akan bertemu Serian FA di Kompleks Sukan Sri Aman. Samarahan FA bakal menentang Kuching FA di Stadium UNIMAS, Kota Samarahan.

Semua perlawanan akan bermula pada pukul 4:15 petang.

Saingan Liga SSC/FAS B-20 bermula Sabtu lepas. Dua pasukan turun untuk aksi perebutan Piala Sumbangsih yang dimenangi Samarahan FA menumpaskan Sri Aman FA (1-0).

Suara Sarawak