PERIKSA…Anggota bomba ketika melakukan operasi pemadaman api di rumah terbabit.

SIBU: Lima penghuni berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Sibu Jaya, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.09 petang.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah teres setingkat yang musnah hampir 50 peratus.

NASIB BAIK…Keadaan rumah terbabit ketika kejadian.

“Ia melibatkan ruangan bilik tidur serta dapur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba berjaya memadam kebakaran daripada merebak dengan menggunakan dua aliran hos sumber air dari pili bomba berhampiran..

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 5.17 petang.

Difahamkan rumah terbabit didiami seramai lima orang penghuni yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua orang wanita dewasa serta dua orang kanak-kanak dan kesemua mereka selamat

RANAP…Bahagian dalam rumah terbabit yang dijilat api.

Suara Sarawak