KUCHING: Program Marathon Kuching 2022 kembali lagi dan akan berlangsung pada 2 Oktober.

Ia merupakan edisi ketujuh program berkenaan dilaksanakan dan selepas lebih dua tahun tanpa sebarang aktiviti ekoran pendemik Covid-19.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, pihaknya menjangka program tersebut meriah dengan pembabitan peserta dari dalam dan luar negara.

“Setakat ini 8906 peserta sudah mendaftarkan diri untuk menyertai larian tersebut,” katanya semasa sidang media di pejabat beliau pagi tadi.

Beliau menegaskan, empat kategori dipertandingkan pada Marathon Kuching 2022. Dengan jarak berbeza iaitu 42.195km, 21km,10km dan 5km.

Dalam pada itu, beliau percaya dengan penganjuran larian tersebut yang secara tidak langsung dapat mempromosikan keindahan tempat menarik di negeri ini.

“Inii adalah cara terbaik untuk mempromosikan tempat menarik yang terdapat di negeri inj terutama kepada peserta dari luar negara,” tambah beliau.

Sambil turut mengakui pihak kementerian beliau sentiasa menyokong penuh penganjuran larian berkenaan.

Penganjuran Marathon Kuching 2022 telah mendapat engiktirafan oleh Association of International Marathon and Distance Races (AIMS).

Suara Sarawak