Anggota bomba membantu mengangkat mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis. Kredit foto – BBP Bintulu

BINTULU: Orang ramai di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam parit berhampiran jalan Batu 7, Taman Sibiyu, semalam.

Mayat tanpa identiti itu dijumpai penduduk setempat kira-kira jam 10.50 pagi sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.56 pagi susulan penemuan berkenaan.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, kita mendapati mayat lelaki tanpa identiti itu berada di dalam parit.

“Pasukan membantu mengangkat mayat dan kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya,” katanya.

Setakat ini, tiada laporan susulan diterima berhubung penemuan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang ada kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berhampiran.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak