SIMBOLIK… Zuraida (tengah) bersama-sama yang
lain ketika merasmikan majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik MPB-DAKN 2030 Bagi Sektor Lada dan Majlis Anugerah Perkhidmatan MPB

 

KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu menyediakan lebih banyak tanah untuk penanaman lada secara meluas bagi menampung permintaan bekalan lada ketika ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, lada berpotensi tinggi untuk berkembang lebih maju, justeru pengeluaran dan penghasilan produk perlu ditingkatkan.

“Seharusnya, lebih banyak tanah di negeri ini dibuka untuk penanaman lada secara lebih meluas di Sarawak untuk menampung permintaan bekalan lada ketika ini.

“Ia bertujuan mempertingkatkan lagi penghasilan serta pengeluaran produk lada negara agar dapat memenuhi permintaan dari negara luar.

“Justeru, kita telah memohon kepada Premier Sarawak untuk menyediakan lebih banyak ruang tanah untuk membolehkan Lembaga Lada Malaysia (MPB) melaksanakan penanaman lada di negeri ini,” katanya

CEMERLANG… Zuraida (empat kiri) ketika menyampaikan salah satu anugerah kepada kakitangan MPB

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik MPB-DAKN 2030 Bagi Sektor Lada dan Majlis Anugerah Perkhidmatan MPB di Hotel Pullman, di sini, semalam.

Tambahnya, peluang tersebut perlu dimanfaatkan agar bekalan lada dapat menjadi komoditi utama, sekali gus membawa hasil kepada negara ini.

“Rebut peluang yang ada untuk melebarkan pasaran produk ke luar negara dengan harapan agar sektor lada terus menjadi penyumbang ekonomi negara dari sektor agrikomoditi,” katanya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin

Suara Sarawak