KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menambah baik Program Jualan Keluarga Malaysia (PKJM) 2.0 dengan melibatkan semua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, PJKM sebelum ini melibatkan 222 parlimen bakal diperluaskan ke 613 Dun di seluruh negara.

Katanya, model tersebut diputuskan oleh kementeriannya memandangkan kerajaan prihatin terhadap pengguna khususnya rakyat yang berdepan kenaikan harga barang dan inflasi.

“PJKM 2.0 ini nanti kita bahagikan tanggungjawab kepada kementerian-kementerian yang lain.

“Ia bagi melancarkan lagi dan memperhalusi kaedah kerana jika KPDNHEP sahaja, kita tidak mungkin mampu mengadakan dengan kerap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan tapak PJKM Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Dataran Perayaan, Jalan Stadium, di sini, hari ini.

Nanta berkata, beberapa kementerian masing-masing telah diselaraskan untuk menerajui PJKM 2.0 di tiga buah negeri.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak