KUCHING: Sarawak bersetuju dengan ketetapan  Kementerian Kesihatan baru-baru ini berhubung pemansuhan keperluan mengisi kad pengembara kepada semua pengembara yang ingin memasuki negara ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat merujuk kepada kenyataan media KKM bertarikh 30 Julai lalu.

Kenyataan itu menyebut bahawa semua pengembara yang memasuki Malaysia tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Kad Pengembara dalam aplikasi MySejahtera.

Foto Bernama

Kelonggaran itu diputuskan berikutan keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap baik dan terkawal serta bertujuan untuk memudahkan prosedur kemasukan pengembara ke negara ini.
memansuhkan keperluan mengisi kad pengembara kepada semua pengembara yang ingin memasuki negara ini.

“Justeru kita di Sarawak juga bersetuju dengan pemansuhan ini dan ia akan berkuat kuasa bermula hari ini (1 Ogos).

“Dengan kelonggaran ini, semua pengembara yang memasuki  Sarawak tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri (feature) Kad Pengembara (Traveller’s Card) dalam aplikasi MySejahtera,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN melaporkan Sarawak juga terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 505 kes bagi minggu epid ke-30 berbanding 437 kes bagi minggu epid ke-29, menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 309,641 kes.

Katanya, bagi minggu ke-30, sebanyak 498 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala tujuh kes dicatatkan dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Kuching kekal mencatatkan angka kes tertinggi berbanding kawasan lain bagi minggu ini dengan 167 kes, diikuti 93 kes di Miri, Sibu (61), Bintulu (47), Samarahan (17), Sarikei (19), Lawas (11) dan Limbang serta Serian (8).

“Manakala, Mukah dan Dalat catat tujuh kes; Kapit (6); Song, Marudi (5); Simunjan, Daro serta Beluru (4); Sri Aman, Matu, Betong (3); Bau, Saratok, Lubok Antu, Kabong, Lundu, Asajaya dan Tatau masing-masing (2);  serta Kanowit, Pakan dan Meradong masing-masing mencatatkan satu kes,” ujarnya.

Dalam pada itu, satu kes kematian dilaporkan pada minggu ke-30 melibatkan daerah Sibu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak