KUCHING: Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2022 serta pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status digalakkan menyemak Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2022 (DPT BLN7/2022).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata semakan boleh dibuat mulai hari ini hingga 14 September melalui lima kaedah antaranya menerusi portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my.

“DPT BLN7/2022 telah diwartakan pada 16 Ogos. Ia mengandungi nama bagi 40,989 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2022.8.16

”Mereka didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 13,481 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,116 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru katanya, sekiranya orang ramai mendapati nama tidak disenaraikan, mereka boleh membuat tuntuan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berkenaan.

“Di samping itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan raya dengan mengisi Borang D dan hadir kepejabat PRN.

“Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal pejabat PRN di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah PRN berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan dibuka,” jelasnya.

Suara Sarawak