Mohd Azman (empat kiri hadapan), Mancha (tiga kiri hadapan) dan Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Ruslan Mat Kib (dua kiri hadapan) serta rombongan IPK Sarawak merakam gambar kenangan bersama.

MARUDI: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri bersedia menambah menambah anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi untuk meningkatkan perkhidmatan polis dan keselamatan di daerah itu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata anggota polis di IPD Marudi perlu ditambah kerana ia meliputi sebahagian besar daerah berkenaan termasuk Baram.

“Marudi adalah salah satu daerah terbesar di Sarawak dan semasa taklimat pagi tadi, saya telah berbincang dengan Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Ruslan Mat Kib mengenai perkara tersebut.

“Saya meminta beliau untuk menyediakan kertas kerja,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Azman bersama rombongan dari IPK Sarawak tiba di IPD Marudi untuk lawatan kerja.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

Suara Sarawak