TEKUN… Salah seorang doktor bersama-sama pasukannya ketika merawat pesakit pada Kem Katarak dan Pterygium ke-15 di Hospital Betong.

BETONG: Timbalan Premier Sarawak yang juga Adun Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas menaja pembelian kanta intraokular untuk pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan di Hospital Betong.

Ia disumbangkan sempena Kem Katarak dan Pterygium ke-15 di Hospital Betong, baru-baru ini.

Secara keseluruhan sebanyak 60 pesakit katarak dari pelbagai lokasi berjaya dirawat pada program yang turut dikenali sebagai ‘Betong FirstSight Programme’, dari 5 hingga 6 Ogos lalu.

Antara lain yang mendapat manfaat program tersebut adalah tujuh penghidap pterygium.

Ia dianjurkan bersama oleh Lions Club Kuching Metro, Klinik Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Oftalmologi Hospital Umum Sarawak (HUS).

 

Suara Sarawak