KUCHING: Sebanyak 16,800 tukun tiruan diturunkan di sepanjang perairan pesisir dari Tanjung Datu sehingga ke Lawas.

Ia sekali gus menyaksikan Projek Tukun Tiruan Sarawak yang menelan kos RM70 juta itu sudah siap dilaksanakan sejak dimulakan pada 2018, melibatkan kawasan perairan sepanjang 1,000 kilometer.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek itu telah memberi kesan yang amat positif sehingga menjadikan hasil tangkapan nelayan bertambah.

“Kita mendapat maklum balas bahawa hasil tangkapan oleh nelayan bertambah disebabkan bertambahnya sumber ikan dan ini memberi kesan dari sudut kehidupan dan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksinan penurunan tukun tiruan terakhir di bawah Fasa 1, Projek Tukun Tiruan Sarawak (2018-2022) di Jeti Kampung Telaga Air di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Zolkipli Mohamad Aton.

Abang Johari dan Awang Tengah menunjukkan plak yang ditandatagani selepas menyaksinan penurunan tukun tiruan terakhir di bawah Fasa 1, Projek Tukun Tiruan Sarawak (2018-2022) di Jeti Kampung Telaga Air di sini, hari ini.

 

Kerja menurunkan tukun tiruan di perairan Pulau Satang, hari ini dengan turut disaksikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta tetamu kehormat lain.

Suara Sarawak