KUCHING: Seramai 411 pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang dan IPG Kampus Tun Abdul Razak menerima peranti dalam sesi pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia peringkat Sarawak yang bermula, hari ini.

Mereka terdiri daripada 144 pelajar IPG Kampus Batu Lintang dan 267 pelajar IPG Kampus Tun Abdul Razak, yang merupakan pelajar dalam kelompok keluarga B40.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyampaikan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada salah seorang penerima.

Penyerahan peranti berbentuk tablet berjenama yang turut dilengkapi dengan papan kekunci bluetooth, pen stylus beserta casing itu disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam majlis yang diadakan di IPG Kampus Batu Lintang di sini.

Menurut Annuar, sehingga semalam, jumlah permohonan PerantiSiswa secara kumulatif bagi fasa satu dan dua yang sedang berjalan sudah mencecah 350,000 permohonan.

A’rif Mizaudin Salaudin

Katanya daripada jumlah itu, jumlah permohonan yang telah diluluskan untuk Sarawak adalah seramai 7,400 pelajar.

“Untuk memastikan pemohon dapat terima peranti dengan cepat, kita akan memproses serentak permohonan fasa satu dan dua.

Abdul Muin Jabar

“Kita akan terus mengatur program secara berterusan di seluruh negara untuk membuat penyampaian kepada pelajar yang layak,” katanya pada sidang media sejurus selepas majlis.

Salah seorang penerima, A’rif Mizaudin Salaudin, 20, yang berasal dari Kampung Mangut, Spaoh berkata akan menggunakan sebaiknya tablet itu untuk kegunaan pembelajaran.

Carol Rayong

“Memang tablet ini sangat diperlukan kerana ia lebih mudah dibawa berbanding komputer riba.

“Dengan ini, saya boleh menggunakannya untuk menyalin nota serta mengakses benda lain untuk pembelajaran,” katanya yang ditemu-bual.

Manakala, Abdul Muin Jabar, 21, menyifatkan PerantiSiswa sebagai inisiatif yang sangat membantu lebih-lebih lagi kepada mereka sebagai siswa guru, yang amat memerlukannya khusus untuk pembelajaran dan pengajaran.

“Ia bukan sahaja sangat berguna untuk pembelajaran tetapi juga pengajaran kerana pembelajaran dan pengajaran sekarang semuanya ke arah teknologi,” katanya yang sebelum ini bergantung kepada telefon bimbit untuk mengakses internet amnya.

Bagi Carol Rayong, 21, dia amat bersyukur kerana terpilih sebagai penerima PerantiSiswa.

“Dengan ini, dapatlah saya membuat kerja kursus dengan lebih baik,” kata pelajar IPG Kampus Tun Abdul Razak itu.

Suara Sarawak