MUKAH: Sembilan orang pemancing masih hilang manakala dua orang lagi selamat selepas bot yang digunakan mereka karam di perairan Mukah.

Berdasarkan maklumat awal daripada jurucakap Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian semalam.

“Kejadian berlaku di kedudukan lebih kurang 34 Batu Nautika dari Barat Laut Mukah.

“Sehingga kini hanya dua mangsa ditemui selamat dan 9 mangsa lagi masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya MRSC Kuching kini sedang mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian.

Menurut maklumat dari penduduk kampung di Mukah, bot berkenaan dipercayai digunakan oleh kesemua mangsa untuk keluar memancing pada 20 September lalu.

Suara Sarawak