KUCHING: Kerajaan Persekutuan harus memberi keutamaan kepada kawasan luar bandar Sarawak dalam pembentangan Bajet 2023 yang dijangka berlangsung pada 7 Oktober ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kawasan luar bandar di negeri ini masih memerlukan anjakan ekonomi serta prasarana yang lebih baik.

BERCAKAP… Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui media.

“Semestinya harapan kita untuk bajet nanti, keutamaan diberikan kepada kawasan luar bandar kerana masih ramai rakyat memerlukan kemudahan yang lebih baik untuk meningkatkan taraf hidup mereka, selain daripada apa yang disediakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2023 semasa ditemui pemberita dalam sidang media Program Pesta Regatta Batang Kayan 2022 di Tebingan Lundu, di sini hari ini.

Beliau pada masa sama percaya, Sarawak sebagai negeri terbesar di Malaysia memerlukan peruntukan yang lebih besar bagi melaksanakan pembangunan secara keseluruhan.

Suara Sarawak