Beberapa laluan di Kuching dilanda banjir kilat

KUCHING: Beberapa laluan di sini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 4 petang hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan, menyatakan hasil pemantauan yang dijalankan mendapati tujuh jalan terjejas iaitu Jalan Padungan, Jalan Abel, Jalan Waterfront, Jalan Padang Merdeka, Jalan Ellis, Jalan Ban Hock dan Jalan Ang Cheng Ho.

“Semasa rondaan dijalankan, beberapa kawasan telah dilanda banjir kilat namun air telah surut dan air Sungai Sarawak dalam keadaan terkawal,” katanya.

Dalam pada itu, rondaan di kawasan Petra Jaya dan Batu Lintang mendapati tiada berlaku banjir kilat.

 

Suara Sarawak