C19 STATISTIK

BINTULU : Kuching dan Sibu merekodkan satu kes kematian akibat Covid-19 pada minggu ke-38 Epid (Epidemiologi).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Sarawak merekodkan 658 kes baharu Covid-19 dengan 641 adalah kategori 1 dan 2, manakala 17 lagi di bawah kategori 3,4 dan 5.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dilaporkan sebanyak 315,162 kes.

Kuching kekal merekodkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 228, diikuti Sibu (119), Miri (81), Bintulu (57), Samarahan dan Sarikei (18), Dalat (12), Serian (29), Bau (15), Mukah (11), Sri Aman (sembilan), Lubok Antu (lapan),
Betong, Daro dan Julau (enam), Asajaya (lima)
Pakan, Kanowit, Subis dan Saratok (empat), Simunjan dan Lundu (dua) manakala Limbang, Meradong, Kapit, Tanjung Manis, Matu, Kabong, Marudi, Song dan Belaga, masing-masing merekodkan satu kes.

 

Suara Sarawak