Cantik secara semula jadi Bersama Medi Beaute
PAKAR kecantikan membuat rawatan muka.

Mengapa perlu menjalani pembedahan plastik jika di Medi Beaute anda mampu mendapatkan rawatan kecantikan dengan kaedah semula jadi.

Dengan aspirasi membantu setiap individu tampil selesa dan lebih berkeyakinan dengan kulit mereka sendiri, Medi Beaute membuka pusat kecantikan pertama di 101 Premier, Kuching, Malaysia pada 2014.

Malah, sehingga kini, Medi Beaute terus berkembang hingga ke peringkat antarabangsa dengan membuka sebuah cawangan Medi Beaute di Singapura.

Menariknya, di pusat kecantikan Medi Beaute juga hubungan antara pelanggan dengan pakar kecantikan dilihat begitu mesra dan akrab kerana pengalaman pelanggan menjadi keutamaan bagi memastikan hubungan dengan pelanggan Medi Beaute dapat dikekalkan secara berterusan.

Oleh itu, keyakinan menjadi kuncinya. Kesihatan, kesejahteraan dan estetika semuanya memainkan peranan penting bagi memupuk keyakinan diri dan memperkasa golongan wanita dan lelaki untuk menjadi versi terbaik diri mereka.

Pengarah Medi Beaute Kuching, Winnie Chen menerangkan perjalanan lapan tahun Medi Beaute dalam penjagaan kulit dan ruang terapi, luar biasa sambil memberi pujian kepada kakitangannya atas pencapaian yang dimiliki jenama itu dan berterima kasih kepada semua pelanggan.

“Dengan sokongan hebat dan pujian daripada pelanggan kami yang berpuas hati, ia jadi pendorong kepada kami untuk terus memupuk kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kami kepada ketulenan dan kemewahan mampu milik di Medi Beaute hari ini,” jelasnya ketika ditemui pemberita di Pusat Kecantikan Medi Beaute, baru-baru ini.

Dalam mencari inovasi dan kemewahan mampu milik Medi Beaute, jelasnya setiap hari pihaknya menjalankan penyelidikan dan pembangunan meluas dalam formula dan sebatian, serta peralatan untuk hasil yang mampan.

Lebih membanggakan, komitmen Medi Beaute terhadap hasil berkualiti dan kecemerlangan yang konsisten menjadikan ia salah satu pusat rawatan kecantikan paling dicari.

“Selaras dengan moto kami, untuk berkongsi pengetahuan kami tentang kecantikan kepada individu baharu setiap hari”.

“Kami berhasrat menyediakan penjagaan pakar kulit dengan sentuhan peribadi, menawarkan penjagaan terkini dalam rawatan kecantikan dan estetika perkhidmatan kami.

“Hasilnya kami membantu beribu-ribu individu tampil lebih muda berbanding usia sebenar, kelihatan semula jadi dengan rangkaian rawatan kecantikan yang luas dan perkhidmatan estetik kami.

“Sehingga kini, Medi Beaute berkembang kepada sejumlah 15 kedai di seluruh Malaysia,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tidak cukup dengan itu, Winnie akui sokongan dan pujian yang hebat daripada pelanggan secara tidak langsung mencetus motivasi untuk terus memberi khidmat terbaik yang tidak berbelah bahagi pada keaslian dan kemewahan mampu milik di Medi Beaute.

WINNIE CHEN (kiri) dan PRICILLA TAN (kanan), Pengarah Medi Beaute Kuching.

Dunia Kecantikan Sempurna

Produk terbaru Medi Beaute 360° V LIFT MASK.
TAWARAN untuk rawatan 360° V Lift Mask + Midas Touch percubaan pertama hanya RM98.

Dengan erti kata lain, apabila seseorang melangkah ke pintu Medi Beaute, mereka memasuki dunia kecantikan sempurna dan perkhidmatan yang luar biasa sebagai rahsia kejayaan kekal hingga kini.

Menurut Pengarah Medi Beaute Kuching, Pricilla Tan, bilik rawatan selesa menjadikan suasana lebih santai dengan bilik perundingan peribadi di Medi Beaute diibaratkan seperti syurga untuk berehat dan menghidupkan kembali keremajaan kulit.

Selain itu, Medi Beaute menawarkan pilihan rawatan komprehensif yang direka untuk mempamerkan kecantikan dalam diri anda.

Penyelesaian estetika mewah 100 peratus selamat dan boleh dipercayai.

“Rawatan 360° V Lift Mask + Midas Touch ini merupakan tawaran unik terbaharu Medi Beaute yang menggabungkan kekuatan produk 360° V Lift Mask dan teknologi Midas Touch, tawaran untuk cantik semula jadi dengan rawatan face lifting di Medi Beaute,” katanya.

Produk 360° V Lift Mask diperbuat daripada bahan semula jadi. Setiap kandungan formulanya menutrisi kulit wajah dari dalam dan luar. Wajah cerah pelanggan terasa sempurna serta-merta selepas rawatan.

Midas Touch ialah rawatan tanpa invasif menggunakan teknologi frekuensi Quantum Vortex RF mengetatkan kulit supaya kelihatan lebih muda.

Semasa rawatan, haba diguna secara selamat pada lapisan berlainan kulit untuk merangsang penghasilan kolagen sekali gus mengetatkan kulit, membantu melicinkan kedutan dan angkat muka dari semasa ke semasa.

“Medi Beaute membawa rangkaian lengkap peralatan canggih dan estetik terkini di pasaran. Kami mempunyai pelbagai teknologi perawatan muka untuk mengatasi masalah jerawat, parut jerawat, pigmentasi, mengurangkan garis muka, menghaluskan pori-pori muka, kehilangan anjalan, melambatkan proses penuaan, melicinkan kulit dan sebagainya,” tambah beliau.

Tidak hanya fokus pada rawatan wajah, namun, Medi Beaute turut menawarkan rawatan pelangsingan badan menggunakan teknologi khusus dan terapi badan.

“Dengan pakar terapi dalaman bertauliah yang berpengalaman dan pakar kecantikan terlatih, kami memastikan prosedur yang selamat dan boleh dipercayai semua orang.

 

Memulihkan Keyakinan

KONSULTASI dengan pelanggan di bilik perundingan peribadi.

“Kami berbangga melaksanakan semua rawatan dan perkhidmatan kami untuk membantu memulihkan keyakinan seseorang melalui rawatan kami.

“Pelanggan keutamaan kami dan menjadi keseronokan dan keistimewaan kami untuk menjaga pelanggan semasa menjalani rawatan bersama kami

“Kami komited menjadikan ia pengalaman yang selamat, santai dan bebas menakjubkan,” kata Winnie dan Pricilla kepada pemberita.

Medi Beaute menawar-kan pilihan rawatan komprehensif yang direka untuk mempamerkan kecantikan dalam diri anda. Penyelesaian estetik mewah 100 peratus selamat dan boleh dipercayai.

“Bersama-sama gabungan teknologi dan produk kecantikan, kami memastikan rawatan kami pada standard tertinggi dan disampaikan dengan profesionalisme terbaik,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman web;

www.medibeaute.com.my/

Atau ikuti perkembangan terkini di instagram:

@MediBeaute_Official dan facebook;

@MediBeauteMalaysia.

Suara Sarawak