Carilamat pemancing hilang ditamatkan

BINTULU: Operasi Carilamat seorang pemancing yang masih hilang ditamatkan berikutan tiada petunjuk baharu ditemui sehingga hari ini.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, operasi ditamatkan pada jam 3 petang selepas pencarian seluas 1319.87 batu nautika persegi yang melibatkan udara dan laut sepanjang tujuh hari.

“Pelbagai aset telah digunakan sepanjang Ops Carilamat iaitu Pesawat Udara Cl415 Bombardier, KM Kota Kinabalu (Maritim Malaysia), kapal PA 49 (Pasukan Polis Marin), bot PL603 (Jabatan Perikanan Laut Sarawak), pesawat udara EC725 (Tentera Udara Diraja Malaysia), bot Penyelamat BP173 (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) dan bot A086 (Angkatan Pertahanan Awam) serta turut dibantu Petronas dan Shell.

“Operasi mencari juga dibantu oleh orang awam daripada Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak dengan melibatkan bot Himajaya 7 serta empat buah bot fiber,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, pencarian darat turut dilakukan di Pantai Penat, Tanjung Bunut, Pantai Kingwood Resort dan Pantai Kampung Judan yang berpengkalan di Jeti LKIM Mukah.

Bot pancing yang membawa sembilan pemancing dan tiga kru termasuk tekong karam di perairan Mukah pada kedudukan lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah, Selasa lalu.

Daripada 11 mangsa yang terlibat, lapan berjaya ditemui selamat, dua dijumpai meninggal dunia dan seorang mangsa, Wong Yuk Kong, 62 tahun, masih gagal dijumpai.

“Pelbagai aset kerajaan telah digunakan sepanjang Ops Carilamat iaitu Pesawat Udara Cl415 Bombardier, KM Kota Kinabalu (Maritim Malaysia), kapal PA 49 (Pasukan Polis Marin), bot PL603 (Jabatan Perikanan Laut Sarawak), pesawat udara EC725 (Tentera Udara Diraja Malaysia), bot Penyelamat BP173 (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) dan bot A086 (Angkatan Pertahanan Awam) serta turut dibantu Petronas dan Shell.

“Operasi mencari juga dibantu oleh orang awam daripada Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak dengan melibatkan bot Himajaya 7 serta empat buah bot fiber dalam melakukan pencarian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, pencarian darat turut dilakukan di Pantai Penat, Tanjung Bunut, Pantai Kingwood Resort dan Pantai Kampung Judan yang berpengkalan di Jeti LKIM Mukah.

Terdahulu, bot pancing yang membawa sembilan pemancing dan tiga kru termasuk tekong karam di perairan Mukah di kedudukan lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah, Selasa lalu.

Dua mangsa terawal dijumpai oleh MT Capella hanyut di perairan Mukah sekitar jam 3.00 petang 21 September lalu manakala, lapan orang dijumpai ketika SAR dilaksanakan di dalam kawasan pencarian.

“Maritim Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Residen Mukah, PETRONAS, SHELL, Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak (PKPS) serta semua yang terlibat,” katanya

Suara Sarawak