TERSUNGKUR…Aksi Wilson Berayin (kanan) membelasah lawannya.

KUALA LUMPUR: Acara tinju bermula hari ini di Kompleks Sukan Malaysia, Putrajaya.

Seperti yang diramalkan, dua petinju muda berjaya melepasi saingan pusingan pertama

Didahului dengan kejayaan Muhamad Syawal Mohd. Isham menumpaskan
Kitti Phong A/L Kraksem dari Perak dengan kemenangan menerusi kiraan mata (4-1) bagi kategori 46-48 kg.

Diikuti kemenangan (RSC) diberikan oleh pengadil kepada Wilson Berayin Sumbang pada pertengahan set ketiga yang berdepan Ahmad Taufiq Abd Rawi dari Kelantan bagi kategori lelaki Lightweight 57-60 kg.

Ketua jurulatih, Muhammad Helman Morni cukup gembira dengan aksi dipamerkan oleh kedua-dua petinju terbabit.

Beliau berharap kedua-dua anak didiknya dapat meneruskan kecemerlangan pada pusingan seterusnya.

Esok beberapa perlawanan yang turut membabitkan petinju lain akan berlangsung termasuk perlawanan membabitkan Dealoniel McDelon Bong.

Suara Sarawak