Dua rumah di Kampung Hulu Sessang musnah akibat kebakaran
Api yang meranapkan dua kediaman di Kampung Hulu Sessang, petang semalam.

SARATOK: Dua daripada tiga kediaman di Kampung Hulu Sessang musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar 5.30 petang semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Saratok Muhammad Shukur Jamaludin berkata kedua-dua rumah itu terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi terbakar 15 peratus.

“Sebuah rumah adalah milik Nordin Sebeli, 56, yang dihuni bersama-sama tujuh ahli keluarga.

Kesan kebakaran kediaman di Kampung Hulu Sessang, petang semalam.

“Manakala sebuah lagi kepunyaan Mataib Mat, 55 yang tinggal berseorangan dan sebuah lagi milik Moktar Yusuf yang hanya terbakar 15 peratus,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok melakukan operasi pemadaman menggunakan tiga aliran tiga pancutan 400 kaki air dari pili bomba berhampiran.

Shukur mengesahkan insiden tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dan operasi tamat 8.01 malam.

Suara Sarawak