Hospital Sri Aman II dibuka

SIMANGGANG: Hospital Sri Aman II yang mempunyai 108 katil dibuka secara rasmi, Khamis lalu. 

Turut meninjau operasi hospital baharu itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Bakat yang juga Adun Simanggang Datuk Francis Harden Hollis. 

Harden disambut Pengarah Hospital Sri Aman Dr Hazwani Mohd Yusop dan timbalannya Dr Sim Poh Ling. 

Antara unit dalam hospital yang sempat dikunjungi Harden serta rombongan ialah Unit Farmasi, Optalmologi, Ortopedik, Unit Pendaftaran, Unit ETU dan Wad Pesakit Lelaki. 

Katanya, pengoperasian Hospital Sri Aman II secara berperingkat-peringkat merupakan langkah ke arah operasi sepenuhnya hospital baharu dengan 108 katil itu. hmahan sesetengah pihak yang menjadikan hospital tersebut sebagai isu politik,” katanya di sini, kelmarin. 

Jelasnya, bermula semalam antara perkhidmatan yang terlibat ialah Jabatan Kecemasan dan Trauma, Wad Pesakit Dalam (lelaki, wanita dan kanak-kanak), Klinik Pakar (selain psikiatri dan O&G), farmasi, patologi (makmal), radiologi (X-Ray), kerja sosial perubatan, rekod perubatan, forensik (bilik mayat), rehabilitasi (fisioterapi dan terapi cara kerja), pengurusan hospital, sajian dan dietetik serta CSSD (sucihama). 

Sementara bermula 15 September akan membabitkan beberapa unit lagi seperti Wad Bersalin, Wad O&G (kebidanan dan sakit puan), Klinik Pakar O&G, dewan bedah, Unit Rawatan Harian dan Klinik Gigitan Anjing, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Tabung Darah. 

Tiga lagi perkhidmatan iaitu Unit Hemodialisis, Perkhidmatan CT Scan dan Endoskopi masih belum ditentukan tarikh mula operasi di hospital baharu. 

Ada beberapa perkhidmatan yang akan kekal di hospital lama iaitu Wad Psikiatri, Klinik Pakar Psikiatri, Unit Hemodialisis, Wad Isolasi dan perkhidmatan sokongan klinikal. 

Untuk rekod, proses pemindahan pesakit dari Hospital Sri Aman (lama) ke Hospital Sri Aman II telah bermula minggu lepas.

Suara Sarawak